Ringgit ditutup pada paras tertinggi – Ini yang anda perlu tahu!

RINGGIT ditutup tinggi hari ini, meneruskan aliran menaiknya selama tujuh hari dagangan berturut-turut atas keyakinan positif bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar faedah tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6:00 petang, ringgit meningkat kepada paras tertinggi hampir tujuh bulan pada 4.6200/6235 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.6350/6375.

ringgit

Presiden Rizab Persekutuan AS (US Fed) Jerome Powell turut menyatakan bahawa penurunan kadar faedah mungkin berlaku dan tidak perlu menunggu inflasi jatuh di bawah sasaran 2.0%.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan AS selama dua hari pada akhir Julai akan menentukan hala tuju kadar faedah pada masa hadapan.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mesyuarat FOMC akan bermula petang ini dan konsensus adalah untuk tiada perubahan dalam kadar dana persekutuan.

“Ahli FOMC dijangka berbincang untuk memulakan tindakan pelonggaran monetari untuk memenuhi jangkaan pasaran.

“Ini penting kerana Fed juga mahu meyakinkan pasaran bahawa ekonomi bersedia untuk pertumbuhan perlahan,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit, dijangka menerima sokongan di tengah-tengah kemungkinan perubahan dalam pendirian Fed ke arah mengekalkan pertumbuhan memandangkan trend disinflasi yang berterusan.

Sementara itu, unit tempatan didagangkan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain dan mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9427/9472 daripada paras penutup Isnin pada 5.9472/9504, meningkat berbanding euro kepada 5.0044/0082 daripada 5.0225/0252 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9845/9870 dengan 3.0168.

Berbanding mata wang negara ASEAN lain, ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 283.3/283.7 daripada 284.6/284.9 pada Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4370/4398 daripada 3.4499/4521.

Unit tempatan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.87/7.89 daripada 7.92/7.93 dan menambah kepada baht Thailand kepada 12.8319/8470 daripada 12.8947/9063 sebelumnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *