gaji tvet 4000

Gaji TVET RM4,000 Ini Yang Anda Perlu Tahu

0 Comments

Persatuan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB) mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk menetapkan gaji minimum RM4,000 kepada graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Pengerusinya Nordin Abdul Malek berkata, sebelum melaksanakan hasrat ini, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci definisi sebenar TVET memandangkan graduan golongan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu separuh mahir, mahir dan berkemahiran tinggi.

gaji tvet 4000

Beliau berkata cadangan gaji minimum RM4,000 perlu dijelaskan kepada kumpulan mana ia disasarkan bagi mengelak kekeliruan dan kontroversi.

“Secara asasnya, saya menyokong dan mengalu-alukan hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kerajaan untuk mencadangkan gaji minimum RM4,000 untuk graduan TVET.

“Tetapi saya agak terkilan sama ada angka ini menggambarkan graduan TVET secara keseluruhan atau kumpulan tertentu seperti mereka yang berpengalaman. Saya khuatir isu ini akan menjadi perdebatan antara majikan dan graduan TVET kerana takrifan sebenar tidak dinyatakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Nordin berkata isu gaji minimum graduan TVET bukanlah perkara baharu kerana pihaknya sendiri sudah membangkitkan perkara itu.

Jelasnya, sebelum ini mereka mengesyorkan gaji permulaan sekurang-kurangnya RM2,000 hingga RM2,500 bagi graduan yang mempunyai sijil kemahiran setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, namun kini gaji minimum yang ditetapkan kerajaan untuk semua industri adalah hanya RM1,500.

Pada masa sama, beliau menjelaskan pelaksanaan gaji minimum untuk graduan TVET juga memerlukan kesungguhan dan keberanian daripada kerajaan untuk memastikan majikan bersetuju dengan syarat tersebut.

“Persoalannya, jika gaji minimum graduan TVET ini dilaksanakan, adakah ia boleh dikuatkuasakan oleh majikan. Adakah majikan akan menerimanya? Gaji ini harus diberikan supaya kita lebih berdaya saing.”

“Tambahan pula, kerajaan berani bertindak sehinggakan pekerja dalam industri yang memerlukan kemahiran mesti memegang sijil kemahiran sebagai pengendali. Kita sepatutnya mempunyai sistem yang memerlukan pekerja industri memegang sijil kemahiran,” katanya.

Pada 5 Mac lalu, Ahmad Zahid Hamid memaklumkan kepada Parlimen bahawa kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan pemberian gaji lebih RM4,000 kepada graduan TVET.

Menurutnya, cadangan itu antara yang mendapat tarikan dalam usaha memperkasakan sektor TVET di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts