ditipu kenalan sendiri

Wang RM 500,000 lesap ditipu Kawan Sendiri… Ini Kisah Yang Anda Perlu Tahu

0 Comments

Seorang lelaki ditipu oleh seorang kenalannya ketika mengeluarkan wang dari bank, dan hampir RM500,000 hilang tanpa dikesan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Suhaimi Isa berkata pihaknya menerima aduan daripada lelaki berusia 45 tahun itu Sabtu lalu, yang mendakwa ditipu seorang kenalannya untuk mengeluarkan RM25 juta daripada akaun suspek.

ditipu kenalan sendiri

Kenal Dah Lama

Katanya, mangsa diperkenalkan dengan suspek pada 2021. Suspek merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun yang mendakwa memasukkan wang RM25 juta ke dalam akaunnya dari luar negara.

“Suspek meminta mangsa menyediakan dana untuk membayar pelbagai yuran seperti cukai kerajaan ke atas dana yang masuk dari luar negara dan berjanji memulangkan wang itu serta komisen RM6 juta.

“Suspek turut mengemukakan beberapa dokumen untuk membuatkan mangsa percaya wang RM25 juta itu memang wujud,” katanya.

Beliau berkata, setelah yakin dan percaya dengan janji suspek, sejak Disember 2021 hingga Jun 2023, mangsa menyerahkan wang tunai kepada suspek dan memasukkannya ke dalam empat akaun bank berbeza untuk keseluruhan 98 transaksi, Jumlah keseluruhan berjumlah RM427,940.

Mula Rasa Curiga

Katanya, mangsa bagaimanapun mula curiga dan meminta wang yang diberikan suspek dipulangkan ketika masih menuntut bayaran daripada mangsa pada Julai 2023.

“Suspek kemudiannya menghilangkan diri dan tidak diketahui keberadaannya. Mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis selepas menyedari dia telah ditipu oleh suspek.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 (menipu) Kanun Keseksaan,” katanya.

Suhaimi berkata, siasatan juga akan meliputi penglibatan “kedai akaun”, jika ada, dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts